Taklimat eKelas dan Kempen KDB di SMK Suai

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2019, telah diadakan program Taklimat eKelas dan Kempen KDB yang bertempat di SMK Suai, Miri. Program ini telah dijayakan oleh SMK Suai bersama dengan pusat-pusat internet di bahagian Miri. Pusat internet yang terlibat adalah PI Kg Luak, PI Kg Lambir, PI Niah Suai, PI Sibuti dan PI Bekenu. Seramai 1166 peserta menyertai program ini yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Program ini bertujuan untuk mempromosikan eKelas dan juga memberikan kesedaran tentang cara penggunaan kemudahan internet dengan berhemah.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali